FITNAH AKHIR ZAMAN
"Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulillah saw beliau berkata:"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum aku lihat saat ini; pertama, satu kaum yang membawa cemeti (cambuk) seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang (nisa'un kasiyatun 'ariya�t). Mereka berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti ponok unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk surga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau surga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"(HR. Muslim).Dedah aurat menempah dosa dan laknat Allah! Wanita di zaman ini telah ramai meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tetapi telanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka memuja (fanatik) pakaian artis yang terang-terang bertentangan dengan hukum islam, mereka suka berpakaian yang ketat, singkat dan nipis, mendedahkan rambut, dada dan pusat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah, hilang malu dan harga diri. Dan tidak takut lagi kepada dosa dan azab (laknat) Allah!Pemerintah, mufti-mufti, alim ulamak, para khatib, ustaz-ustazah, pendakwah, para suami, ibu bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Akhirnya berlakulah zina, maksiat-maksiat dan buang anak (bayi) dengan bermaharajalela di dalam kehidupan manusia hari ini, akibat daripada penyakit mendedahkan aurat dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas-batas agama dan undang-undang, maka akan tibalah waktu-waktu bala kemurkaan daripada Allah!OLEH ITU MARILAH KITA SEGERA TAUBAT DAN KEMBALI KEPADA HUKUM-HUKUM ALLAH SEMENTARA NYAWA MASIH ADA DI DALAM JASAD. WAHAI MEREKA-MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB, SESUNGGUHNYA KAMU SEKALIAN AKAN DISOAL OLEH ALLAH PADA HARI AKHIRAT DAN KAMU SEKALIAN TIDAK SEKALI-KALI AKAN TERLEPAS DARIPADA AZAB ALLAH YANG AMAT BERAT!KAMI MENUNTUT UNDANG-UNDANG ISLAM UNTUK KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH WANITA DAN UMAT ISLAM ZAMAN INI.Firman Allah;“Allah yang mencintakan kamu kepada iman, dan Allah yang menghias iman itu dalam hati kamu, dan Allah membencikan kamu kepada kufur (kekafiran) dan perlanggaran (kefasikan) dan maksiat dosa. Merekalah orang yang dapat petunjuk, itu semua kurniaan dari Allah dan nikmat, dan Allah maha mengetahui lagi bijaksana.” (Al-Hujaraat: 8 )-SEBARKAN-
Friday, May 29, 2009
Kerosakan Akhlak Muda Mudi



Assalamualaikum w.b.t..Pada zaman serba moden ini ,ramai diantara muda mudi pada hari terjebak dengan gejala sosial yang melampau batas..Terpapar di dada akhbar setiap hari tentang kejadian buli,seks bebas,buang anak,bunuh,samun dan rempit..Semua ini kebanyakannya dilakukan oleh muda mudi...Gejala sosial ini berlaku disebabkan oleh tiada didikan agama yang cukup..Ibu bapa dan kerajaan harus dipersalahkan kerana tidak mengambil tindakan awal membendung gejala ini..Ini sebahagian gambar yang dapat dijadikan ikhtibar oleh kita semua..Jadijagalah anak-anakkita supaya tidak terjebak dengan gejala sosial..wassalam
Tujuan Allah Menjadikan Manusia
Assalamualaikum w.b.t..Bersyukur kepada allah taala kerana masih memberi nyawa untuk meneruskan saki baki hidup di atas dunia ini...Firman Allah Taala Dalam Al Quran yang bermaksud :Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku..Ayat ini menunjukkan allah taala menjadikan jin dan manusia ini bukan dengan sia-sia,tetapi untuk menabdikan diri kepadanya..Ada manusia pada hari ini ingkar dengan perintah allah sehingga allah taala menurunkan bala...Pada zaman ini satu persatu bala diturunkan antaranya selsema burung.Selepas selsema burung allah menurunkankan lagi selsema babi yang dikenali (h1n1)..Ini menunjukkan kemurkaan allah kepada manusia..Renungkanlah.....
Subscribe to:
Posts (Atom)