Monday, June 15, 2009

Tentang Kezaliman Dan Keampunan Allah

1. Akan Kuazab setiap rakyat dalam Islam yang mematuhi pemimpin yang zalim, walaupun rakyat itu rakyat yang baik dan takwa. (Kalimatullah 126) (15-8-’08 ; 09:30:26)

2. Allah Swt berfirman, “Barangsiapa yang mengetahui bahwa Aku mempunyai Kekuasaan untuk mengampuni, lalu ia memohon ampun kepada-Ku dengan Kekuasaan-Ku, maka Aku akan mengampuni orang tersebut dan Aku tidak peduli.” (Tafsir al-Imam al-Askari, hal.42)

3. Allah Swt berfirman, “Wahai anak Adam, sesungguhnya selama engkau berdoa kepada-Ku dan mengharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampunimu sesuai dengan (dosa) yang ada padamu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikan dosamu mencapai puncak langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli.” (Sunan Tirmidzi, juz.5, hal.548, bab 99, Fi Fadhli at-Taubah wa al-Istighfar dari kitab ad-Da’awat, hadis ke-354)


Tuesday, June 9, 2009

SIAPAKAH DZULQARNAIN ITU?

Pertanyaan:Di dalam Al-Qur'an diterangkan masalah Dzulqarnain, iaitu:“Hingga apabila dia telah sampai pada tempat terbenam matahari, dia pun melihat matahari terbenam ke dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ (di laut itu) segolongan ummat.

Kami berkata, 'Hai Dzulqarnain! Kamu boleh menyiksa mereka dan boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'.” (Q.s. Al-Kahfi: 86). yang dimaksud dengan matahari yang terbenam dalam mata air yang hitam?Siapakah orang-orang yang didapati oleh Dzulkarnain?Jawapan:Kisah Dzulqarnain telah diterangkan dalam Al-Qur'an pada Surah Al-Kahfi, tetapi Al-Qur'an tidak menerangkan siapakah sebenarnya Dzulqarnain, siapakah orang-orang yang didapatinya, dan dimana tempat terbenam dan terbitnya matahari? Semua itu tidak diterangkan dalam Al-Qur'an secara rinci dan jelas, baik mengenai nama mahupun lokasinya, hal ini mengandungi hikmah dan hanya Allahlah yang mengetahui.

Tujuan dari kisah yang ada dalam Al-Qur'an, baik pada Surah Al-Kahfi mahupun lainnya, bukan sekadar memberi tahu hal-hal yang berkaitan dengan sejarah dan kejadiannya, tetapi tujuan utamanya ialah sebagai contoh dan pelajaran bagi manusia.

Sebagaimana Allah swt. dalam firman-Nya:“Sesungguhnyapada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal.” (Q.s.Yusuf: 111)Kisah Dzulqarnain, mengandungi contoh seorang raja saleh yang diberi oleh Allah kekuasaan di bumi, yang meliputi Timur dan Barat.

Semua manusia dan penguasa negara tunduk atas kekuasaannya, dia tetap pada pendiriannya sebagai seorang yang saleh, taat dan bertakwa. Sebagaimana diterangkan di bawah ini:“Berkata Dzulqarnain, 'Adapun orang yang menganiaya, maka kelak Kami akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tiada taranya'.” (Q.s. Al-Kahfi: 87).

“Adapun orang yang beriman dan orang beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan ...” (Q.s. Al-Kahfi: 88).Jadi, apa yang diterangkan dalam Al-Qur'an, hanyalah mengenai perginya Dzulqarnain ke arah terbenamnya matahari, sehingga berada pada tempat yang paling jauh. Di situ diterangkan bahawa dia telah melihat matahari seakan-akan terbenam di mata air tersebut, saat terbenamnya. Sebenarnya, matahari itu tidak terbenam di laut, tetapi hanya bagi penglihatan kita saja yang seakan tampak matahari itu terbenam (jatuh) ke laut.


Padahal matahari itu terbit menerangi wilayah (bangsa) lain.Maksud dari ayat tersebut, bahawa Dzulqarnain telah sampai ke tempat paling jauh, seperti halnya matahari terbenam di mata air yang kotor (berlumpur) , yang disebutkan diatas. Begitu juga maksud dari ayat tersebut, Dzulqarnain telah sampai di tempat terjauh, iaitu terbitnya matahari dan sampai bertemu pula dengan kaum Ya'juj dan Ma'juj.Dalam keadaan demikian, Dzulqarnain tetap pada pendiriannya semula, iaitu sebagai seorang raja yang adil dan kuat imannya, yang tidak dapat dipengaruhi oleh hal-hal yang dikuasai dan kekuasaannya diperkuatnya dengan misalnya membangun bendungan yang besar, yang terdiri dari bahan-bahan besi dan sebagainya.

Di dunia ini beliau selalu berkata dan mengakui, bahawa segala yang diperolehnya sebagai kurnia dari Allah dan rahmat-Nya.Firman Allah swt. dalam Al-Qur'an:“Dzulqarnain berkata, 'Ini (bendungan atau benteng) adalah suatu rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah tiba janji Tuhanku, Dia pun menjadikannya rata dengan bumi (hancur lebur); dan janji Tuhanku itu adalah benar.” (Q.s. Al-Kahfi: 98).


Tujuan utama dari Al-Qur'an dalam huraian di atas ialah sebagai contoh, dimana seorang raja saleh yang diberi kekuasaan yang besar pada kesempatan yang luar biasa dan, kekuasaannya mencakup ke seluruh penjuru dunia di sekitar terbit dan terbenamnya matahari.

Dalam keadaan demikian, Dzulqarnain tetap dalam kesalehan dan istiqamahnya tidak berubah.Firman Allah swt.:“Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan di bumi dan Kami telah memberikan kepadanya (Dzulqarnain) jalan (untuk mencapai) segala sesuatu.” (Q.s. Al-Kahfi: 84).



Mengenai perincian dari masalah tersebut tidak diterangkan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, misalnya waktu, tempat dan kaumnya, siapa sebenarnya mereka itu.

Kerana tidak ada manfaatnya, maka sebaiknya kami berhenti pada hal-hal yang diterangkan saja. Jika bermanfaat, tentu hal-hal itu diterangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw.

Sultan Muhammad Al-Fateh

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut:

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan PenciptaKonstantinapole telah menjadi ibu kota


Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam.

Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya.

Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan.

Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, seorang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus.

Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Dalil-Dalil Kelebihan Beramal Soleh


Dalil-dalil kelebihan beramal soleh


Firman Allah :(Surah al-Kahfi:107-108)Maksudnya...."Sesungguhnya orang-orang yang beriman & yang beramal soleh bagi mereka adalah Syurga Firdaus yang menjadi tempat tinggal mereka.Mereka kekal di dalamnya ,mereka tidak ingin sekali-kali berpindah darinya"


.Firman Allah :(Surah al-Asr:1-3)Maksudnya...."Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman & beramal soleh,sentiasa berpesan-pesan ke arah kebenaran & berpesan-pesan ke arah kesabaran"


.Firman Allah :(Surah as-Sajadah:12)Maksudnya...."Dan alangkah ngerinya sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya,mereka berkata"Ya Tuhan kami,kami telah melihat & mendengar,maka kembalikanlah kami ke dunia,kami akan mengerjakan amalan soleh,sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin"Sabda Nabi S.A.W:


"Bersegeralah melakukan amalan-amalan yang soleh sebelum sampai masa datangnya fitnah & bala bencana umpama malam yang gelap gelita di mana seseorang itu paginya beriman sedangkan di waktu petangnya dia kufur dengan Allah.

Begitu juga petangnya dia beriman tetapi pagi esoknya dia kufur dengan Allah.Yang demikian itu kerana dia menjual agama untuk kepentingan dunia yang sedikit"Sabda Nabi S.A.W:"Tiga perkara yang akan mengikuti seseorang mayat itu ke kuburnya.Dua perkara akan pulang meninggalkannya manakala satu lagi tinggal bersamanya.

1.g mengikuti seseorang itu ialah kaum kelurganya,
2.rta bendanya dan amalan-amalannya.Maka pulanglah keluarga & hartanya & tinggallah amalannya

"(Riwayat Imam Muslim)

Tuesday, June 2, 2009

WaSiAt Ke-10 HaSaN Al-BaNnA

Wasiat ke-10, uruskan masa dan ringkaskan tugas

“Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,” demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir.

Kepada setiap pendakwah atau seorang Islam yang sejati, masanya sangat penting. Mereka harus waspada selalu dengan penggunaan masa. Masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita akan menyesal tanpa kesudahan.

Ini kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan, patah tumbuh hilang berganti. Tetapi, bidalan itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.

Yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa punya peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan waktu. Antara bangsa Asia, kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun menghargai waktu.

Bagaimanapun mereka maju di dunia kerana falsafah penggunaan masa itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya guna memenuhi keperluan di dunia dan kebutuhan di akhirat.

Pepatah Melayu menyebutkan bahawa masa itu emas. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum dapat menandingi harga emas. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula atau pun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang ada harganya. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga.

Iaitu, jika masa telah berlalu, maka tiada suatu kuasa apa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika emas hilang, nescaya ada seribu satu jalan, kuasa yang dapat berikhtiar menggantikannya.

Waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. Masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya. Jika ada keperluan untuk amalan rohani gelap, maka ia dinamakan Keliwon mengikut lidah Jawa.

Masa itu tidak boleh direkabentuk seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat masa.
Malah, masa itu boleh mengancam manusia. Saidina Ali berkata, “Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak ‘memenggalnya’, nescaya ia akan ‘memenggal’ lehermu.”

Sebenarnya yang menyebabkan masa itu berharga ialah disebabkan adanya kerja, tugas, amanah yang perlu disiapkan semasa waktu itu sedang berjalan.

Jika bukan kerana itu, maka masa itu tidak berharga. Misalnya, dengan peredaran masa, pokok perlu membesar dan ia dijual dengan masa tertentu. Sebab itulah masa untuk menunggu pokok itu membesar amat berharga.

Dalam hal ini masa disalahgunakan dalam perniagaan yang melibatkan riba. Sekiranya kita tidak dapat melunaskan hutang dalam tempoh waktu tertentu, maka bunga (riba) akan naik. Demikianlah masa disalahgunakan dalam ‘industri’ riba.

Maka Hasan al-Banna telah memulakan wasiatnya dengan menggunakan ungkapan ‘kewajipan kita’ yang bermaksud usaha dakwah kepada umat ini. Kewajipan usaha dakwah ini ada pertalian yang amat erat dengan penggunaan waktu.

Masa makin singkat dan suntuk!Tetapi jumlah usaha dakwah itu terlalu banyak jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan waktu yang kita ada. Di dalam peruntukan 24 jam sehari semalam, kita mungkin memerlukan 48 bentuk dan 72 jenis dakwah. Dalam kata lain, kita mungkin perlukan 2 atau 3 kali ganda program dakwah atau lebih daripada itu dalam tempoh 24 jam.

Itu maksud Hasan al-Banna; jumlah usaha dakwah perlu digembeling dalam jumlah waktu yang sungguh singkat. Masa seperti semakin pendek apabila terlalu banyak urusan dakwah yang perlu dibereskan.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Hasan al-Banna, ketika menyusun wasiatnya, beliau mungkin terkesan dengan sabda Rasulullah s.a.w ini. Bilangan manusia yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan dan islah sangat kurang berbanding manusia jahat yang memperuntuk masa dan hartanya ke arah kemusnahan dunia dan tamadun ini.

Oleh itu bayangkanlah bagaimana keadaannya ketika kerja dakwah makin banyak menimbun ini terpikul atas bahu segelintir pendakwah sahaja yang inginkan kedamaian, kesejahteraan, kebaikan dan ketenangan di dunia dan akhirat.

Bantu manusia menguruskan waktunyaBarangkali.. lantaran terkesan dengan semua inilah, maka Hassan al Banna memulakan usaha dakwah di kedai-kedai makanan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Beliau benar-benar mahukan insan berpeleseran tanpa tujuan ini akhirnya akan faham matlamat hidupnya.

Apabila manusia itu mula faham akan falsafah dan matlamat hidup, maka akan wujud manusia yang akan menggunakan masanya dengan betul, baik dan sempurna.
Manusia yang telah mula dibangunkan kesedarannya ini akan tertanya-tanya pula tentang bagaimana seharusnya mereka mahu memanfaatkan waktunya di dunia ini sementara menunggu waktu di akhirat kelak.
Maka.. di sini Al-Banna menyarankan pendakwah agar membantu mereka yang telah terbuka hatinya untuk memahami bagaimana mereka perlu memanfaatkan waktunya untuk beribadah sementara menunggu waktu dihisab di akhirat kelak.

“Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan kalau saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,” demikian pesan al-Banna lagi.

Orang yang telah dilembutkan hatinya dan dilunakkan jiwanya sentiasa tertanya-tanya mengenai apakah amalan yang harus dilakukan guna mencapai redha ilahi. Soalan semacam ini kerap hinggap di ranting pertanyaan sahabat dan baginda selalu hadir bagi menjawab setiap pertanyaan tersebut.

Ghairahnya para sahabat dalam beramal sehingga mereka kerap bertanya, apakah amalan yang paling baik dan bermacam pula jawapan baginda tergantung kepada keadaan rohani para sahabat itu.

Jika dilihatnya sahabat itu menderhakai ibu bapanya maka baginda bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika dilihatnya penyoal itu seorang yang panas baran, maka dia menasihatkan orang itu supaya tidak marah-marah.

Mereka yang mula lunak kepada agama tidak tahu atau terlupa tentang cara-cara menggunakan masa sebagai yang disaran di dalam al-Quran. Mungkin kerana keterbatasan dalam bahasa Arab, mereka tidak faham mesej dalam surah Al-Muzzammil.

[1] Hai orang yang berselimut!
[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, kecuali dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4] Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil.”
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.

Orang yang didakwah atau mereka yang baru dinyalakan pencerahan rohani dalam dirinya, selalu hidup pelbagai ragam persoalan dalam hatinya dan menyalalah pula pelbagai rencam pertanyaan yang berwarna-warni dalam dirinya berhubung langkah-langkah awal menuju ke arah kesempurnaan hidupnya sebagai manusia terbaik.

Jadi, bagaimana mereka harus bermula? Jika ada amalan permulaan, maka apakah amalan permulaan itu?

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “Sembahyang Tahajjud” padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada akhirat di tempat terpuji.” (Al-Isra’: 79)

Adakah insan yang baru merangkak, baru melabuhkan pencarian untuk mendakap pencerahan jiwa serta akal fikirannya dapat menyelami hasrat Tuhan sebagai yang terkandung ayat-ayat al-Qur’an di atas? Mereka perlukan masa untuk dibimbing serta masa perlukan pembimbing yang sabar, teguh hati, kuat pendirian, bijaksana, berhemah tinggi yang kental spiritual.

Ringkaskan amalan untuk membantu saudara lainSebab itulah Al-Banna menyarankan anggota Ikhwan Muslimin atau para pendakwah meringkaskan sahaja urusan mereka untuk membantu saudara mereka yang mahu dibangkitkan kesedaran dalam jiwanya.

Bagi Al-Banna, amalan peribadi yang bertujuan menolong keperluan peribadi di akhirat, hanya bermanfaat untuk keperluan mereka sahaja. Sedangkan, usaha mengirim ilmu ke dalam dada manusia yang kosong tanpa dihuni hikmah pengetahuan sangat berguna kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak pendakwah dan pihak yang didakwah.

Petunjuk agama menyatakan bahawa, jika ada seseorang beramal dengan sebab ajaran kita, maka pahala dengan sebab amalan itu turut mengalir ke dalam ‘akaun pahala’ kita kelak.
Sebab itu, pendakwah perlu meringkaskan dan menyedikitkan ruang untuk keperluan amalan peribadi supaya lebih banyak ruang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pengajaran ke atas manusia lain yang dahagakan pengetahuan daripada mereka.

Mereka yang berkhalwat, beruzlah, dan bersuluk tanpa berusaha keras menggerakkan nurani manusia untuk mendapat imbuhan pencerahan rohani daripada Tuhan, tidak termasuk dalam jenis manusia pencerahan.

Al-Banna, Badiuzzaman Said Nursi, dan lain-lainnya adalah ulamak sufi dan bersuluk di ‘gua pertapaan’ lalu keluar ke lapangan dalam usaha memerangi amalan khurafat dalam pemerintahan manusia mustakbirin sekali gus menyinari mendung awan hitam yang membalut kegelapan hati manusia mustadh’afin.

Saturday, May 30, 2009

Keburukan babi patut jadi iktibar seluruh manusia

PENYAKIT bawaan daripada babi iaitu Influenza A (H1N1) adalah penyakit sistem pernafasan akut yang biasanya menjangkiti babi, tersebar menerusi partikel kecil dalam udara atau sentuhan langsung.

Islam meletakkan babi dan anjing sebagai najis mughallazah (berat) membabitkan semua bahagian badan haiwan berkenaan. Oleh itu, umat Islam ditegaskan menjauhkan daripada terkena sentuhan ke dua-dua haiwan ini.

Ilmu perubatan moden mengakui mereka yang biasa memakan babi akan terdedah kepada pelbagai penyakit antaranya cacing pita, kulit berbintik, sakit sendi dan hilang ghairah. Badan babi mempunyai virus berbahaya yang menjadi punca penyakit Japanese Encephalitis, virus West Nite Incephalitis, resicular stomatis, penyakit kuku dan mulut serta penyakit radang hati.
Islam menggalakkan supaya umatnya sentiasa menjaga kebersihan termasuk memastikan makanan yang dimakan bersih dan halal.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabaikan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin seperti Dia menyuruh kepada rasul-Nya.”

Firman Allah yang bermaksud: “Hai rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal salih.” (Surah al-Mukminun, ayat 52)

Islam menyarankan umatnya menjauhi makanan haram, membasuh tangan sebelum menjamah makanan dan selepas makan. Peraturan itu ditekankan bagi menjaga kebersihan supaya tidak mudah terdedah kepada penyakit berjangkit.

Berkaitan daging babi, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai darah, daging babi dan (daging) haiwan yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah.”

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Wahai manusia! Makanlah daripada (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah)

Penjagaan kesihatan melalui makan dan minum juga tempat tinggal penting bagi mengekalkan kesejahteraan hidup umat Islam di dunia dan akhirat. Oleh itu, umat Islam digalakkan menjaga makan, minum dan kebersihan tempat tinggal sebagai adab dalam kehidupan insan Muslim.
Makanan halal seimbang sangat dititikberatkan kerana ia akan mencapai kriteria yang diperlukan tubuh badan sama ada untuk pembentukan tubuh, pembekalan tenaga atau perkitaran aktiviti badan.

Keseimbangan pemakanan juga termasuk dalam maksud kesederhanaan yang dianjurkan Islam, seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah dan jangan kamu melampaui, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.” (Surah al-Araf, ayat 31)

Bila Harta Dunia Menjadi Keutamaan

Pak Kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang. Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat.

Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.”yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan. Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir.. Seman ikut takbir… lalu Pak Kasim membaca surah alfatihah..”bismillahirrahmanirrahim…”Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang…”bismillahirrahmanirrahim…”

Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim..Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak Kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman.

Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim.“ish! gila ke menantu aku ni??” Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman.”Seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau.sampai kena berlari..”
P/S : Sekadar renungan untuk semua..

Template by:
Free Blog Templates